Saturday 17 December 2011

Chelsea padam rekod tanpa kalah City

LONDON, (Arena.my) - Jaringan pemain tengah Frank Lampard menerusi sepakan penalti pada minit ke-83 memberikan kemenangan kepada Chelsea 2-1, sekaligus memadam rekod tanpa kalah Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.
Dalam aksi yang berlangsung di Stamford Bridge itu, Chelsea dihadiahkan sepakan penalti selepas pemain City Joleon Lescott tertampan bola rembatan aniel Sturridge dengan menggunakan tangan.
Kemenangan itu meletakkan Chelsea ditangga ketiga, ketinggalan lima mata dibelakang Manhester United, manakala City masih kekal dipuncak liga dengan berkebihan dua mata.
Andre Villas-Boas pastinya menarik nafas lega dengan keputusan perlawanan tersebut. Pada awal permainan, Chelsea ketinggalan 1-0 apabila Mario Balotelli meletakkan City didepan sebelum Sergio Aguero terlepas peluang keemasan untuk meletakkan kedudukan 2-0.
Chelsea kemudiannya menyamakan kedudukan 11 minit sebelum rehat, selepas volley daripada Raul Meireles yang menyambung hantaran Daniel Sturridge tepat menuju ke gawang City.
Nasib City bertambah malang apabila Gael Clichy dihalau keluar pada minit ke-58, selepas pemain itu menerima kad kuning kedua.
Unborn 8.0 Green Pointer

Tuesday 13 December 2011

KUALA LUMPUR, (Arena.my) - Jurulatih skuad Olimpik negara Ong Kim Swee memuji komitmen yang ditunjukkan pemain yang jarang digunakannya selepas mereka berjaya menundukkan Sydney FC 3-0 dan ia sekaligus memberikan gambaran positif kepada skuad negara untuk menampung kelemahan yang dihadapi sebelum ini.
Skuad negara ketika ini dalam siri rangka perlawanan persahabatan antarabangsa di Australia sebagai persediaan sebelum bermula aksi pusingan kedua kelayakan Olimpik pada Februari nanti.
"Pada separuh masa pertama saya menurunkan para pemain yang jarang-jarang bermain, hanya Muslim dan Guru saja bermain secara kerap.
"Namun mereka mempamerkan aksi yang mantap, saya berharap komitmen pemain ini dapat diteruskan lagi," kata Kim Swee.
Skuad Olimpik negara berjaya menggunakan kelebihan yang dimiliki selepas kelab tuan rumah terpaksa bermain dengan 10 pemain dan sepakan percuma oleh K. Gurusamy pada minit ke- 45 memberi kelebihan 1-0 kepada skuad kendalian Kim Swee.
Manakala Ahmad Hazwan Bakri menambah dua jaringan pada minit ke-79 dan 90 selepas memanfaatkan sepenuhnya kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol Sydney FC.
Kemenangan yang diperoleh skuad olimpik negara menonjolkan beberapa aspek peningkatan positif oleh para pemain baru negara dan pastinya Kim Swee mengharapkan mereka dapat mengekalkan momentum sama sekiranya diberi peluang beraksi dalam perlawanan lebih kompetitif dan penting.
Seterusnya, skuad Olimpik negara akan turun menentang Central Coast Mariners Rabu ini sebelum melengkapkan aksi persahabatan di Sydney berdepan Newcastle Jets pada 19 Disember.

Wednesday 7 December 2011

Muhammad Nazmi Faiz Mansor alami "masalah misteri" ketika beraksi


Aksi pemain bintang muda dalam pembikinan, Muhamad Nazmi Faiz Mansor pada bahagian tengah skuad bola sepak negara tampak begitu sempurna.
Dia lincah, pantas dan kerap mencipta peluang gol ketika beraksi.

Bakat pemain berusia 17 tahun itu kian diperkatakan setelah membantu skuad negara memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA XXVI, baru-baru ini.
Namun, masa depan Nazmi boleh terjejas kerana dia mengalami ‘masalah misteri’ iaitu tidak mampu beraksi sepanjang 90 minit perlawanan.

Ini disebabkan dia akan mengalami kekejangan otot kaki jika beraksi terlalu lama.
Itulah yang berlaku ketika dia beraksi menentang Bahrain pada perlawanan Kelayakan Olimpik Ahad lalu, apabila terpaksa dikeluarkan pada kira-kira 20 minit akhir perlawanan.
Masalah misteri yang membelanggu Nazmi diakui jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee.

Menurutnya, Nazmi memang mengalami gangguan misteri pada otot jika beraksi terlalu lama sehingga tidak mampu untuk menamatkan 90 minit perlawanan.
“Ia bukan masalah yang biasa dialami oleh pemain bola sepak. Malah, tidak ada pemain tempatan yang mengalami masalah sedemikian.

“Ini bukan bermakna dia tidak cukup cergas tetapi masalah kekejangan otot yang menghalang dia daripada memberikan aksi maksimum.

“Masalah ini jarang berlaku tetapi memang ada beberapa pemain terkemuka dunia yang mengalaminya,” katanya.

Menurut Kim Swee, demi memastikan bakat Nazmi dapat dikembangkan, dia mula mengatur langkah memulihkan masalah yang dialami pemain itu.
“Saya telah maklumkan kepada pihak Institut Sukan Negara (ISN) secara lisan mengenai masalah yang dialami Nazmi sebaik sahaja tamat perlawanan menentang Bahrain tempoh hari.

“Masalah yang dialami oleh Nazmi boleh diatasi melalui sokongan ISN,” katanya.
Nazmi menjaringkan gol pertama pasukan negara ketika menentang Bahrain Ahad lalu sebelum akhirnya Malaysia tewas 2-3.

Tambah Kim Swee, Nazmi mempunyai masa depan cerah, sekiranya pemain itu dapat beraksi dengan baik tanpa gangguan masalah kejang otot.

“Kita harus segera mencari penyelesaian kepada masalah yang dialami pemain ini untuk membolehkannya selesa beraksi dalam prestasi terbaiknya,” jelasnya